Misi Kami
Kami membina sistem pendanaan awam (crowdfunding) sendiri untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan sokongan ekonomi yang sewajarnya.
Visi Kami
Sebagai sebuah institusi perbankan Islam yang berwibawa dan dipercayai, Bank Muamalat Malaysia Berhad, suatu inisiatif yang luar biasa untuk menyantuni penerima bantuan / benefisiari telah direalisasikan melalui Jariah Fund. Objektif kami adalah untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam komuniti dan menyumbang kepada masyarakat.
Jariah Fund adalah platform yang tidak berasaskan keuntungan dan tidak berorientasikan perniagaan, dan bertujuan untuk memenuhi Pengantara Berasaskan Nilai atau Value Based Intermediaries (VBI) dalam industri perbankan.
Nilai-Nilai Kami
Pengecualian Cukai - Semua sumbangan daripada individu atau korporat adalah layak untuk pengecualian cukai.
Kempen dan Rakan Amal yang dipercayai dan disahkan – Pertubuhan / Yayasan / Badan Bukan Kerajaan (NGO) / Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) yang mengendalikan kempen diperiksa secara menyeluruh oleh panel yang boleh dipercayai untuk memberikan ketelusan sepenuhnya.
Sumbangan Masa Sebenar - Setiap sumbangan dikemas kini secara masa nyata (real time)
Kaedah Pembayaran
Kami bekerjasama dengan penyedia pembayaran terkemuka untuk memastikan transaksi yang selamat dan patuh Syariah untuk semua penderma kami.
FPX
Pembayaran Perbankan Dalam Talian
DuitNow
Sistem Pemindahan Segera